MENU

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan salam Negaraku Malaysia!

 

Saya terlebih dahulu memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kita berjaya mewujudkan laman web ini dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih mudah dan cepat kepada warga Kuantan.

 

Saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada warga Kuantan yang telah mengunjungi dan mengakses laman web ini. Untuk pengetahuan anda, laman web yang telah kami sediakan ini menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan latar belakang MPK, borong-borang ‘online’, maklumat berkenaan program-program MPK dan tidak lupa juga ruangan untuk warga Kuantan menyalurkan aduan dan cadangan yang membina untuk menambah baik mutu perkhidmatan MPK.

 

Melalui laman web yang disediakan, saya berharap agar ianya dapat membantu warga Kuantan dalam pencarian maklumat, menyelesaikan masalah dan membantu mempercepat dan memudahkan urusan tuan-tuan dan puan-puan bersama pihak MPK.

 

Akhir kata dari saya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Kuantan yang telah memberi kerjasama yang baik kepada MPK dan saya juga berharap agar kita sama-sama dapat memacu Bandar Kuantan menuju sebuah bandaraya yang harmoni, lestari dan berdaya huni.

 

Sekian terima kasih.

"KUANTAN INDAH LESTARI"