MENU

Penduduk di sekitar Kuantan berpeluang menikmati Raja Durian, Musang King dan pelbagai jenis durian dan gred sempena Pesta Makanan Bermusim di Dataran Sayangi Kuantan anjuran Majlis Perbandaran Kuantan yang telah diadakan bermula sejak 11 Januari 2019 hingga 11 Februari 2019 (bergantung pada musim durian tahun ini). Seramai 8 peniaga statik dan 2 foodtruck terlibat di dalam pesta ini. Harga durian yang dijual bermula dari serendah RM10.00 sekilogram sehingga RM50.00 sekilogram dan secara longgok.  Pengunjung boleh menikmati raja buah ini dengan kaedah pilih, timbang, bayar dan makan di ruang yang disediakan. Datanglah beramai-ramai dan nikmati keenakkan Raja Buah ini sepuas-puasnya.

Sila klik pautan ini untuk lihat gambar.