MENU

Pada 28 Disember 2018 (Jumaat) telah diadakan Program Kembali Ke Sekolah atau dikenali 'Back To School' yang merupakan satu program amal komuniti bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2019 bertempat di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan. Pihak Majlis bersama rakan penaja atau penyumbang bersama-sama membantu 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan yang dipilih berdasarkan pendaftaran ibu bapa di dalam e-Kasih melalui Pejabat Pembangunan Negeri Pahang. Program ini yang julung kali diadakan dijangka akan menjadi program tahunan.

Sila klik pautan ini untuk lihat gambar.