MENU

Unit Pemajuan Penswastaan

  1. Merancang dan memastikanpenyediaan kertas kerja cadangan dan permohonan pembangunan projek penswastaan meliputi penyediaan maklumat pembangunan, ulasan teknikal, dokumen tender, kertas kerja mesyuarat dan pembentangan untuk keputusan. 
  2. Memastikan tawaran pembangunan projek penswastaan disiapkan termasuk penyediaan surat tawaran, pelan pembangunan, bayaran berkaitan dan dokumen perjanjian.
  3. Memastikan pelaksanaan pembangunan projek penswastaan termasuk memastikan penyediaan spesifikasi teknikal, laporan kemajuan pembinaan, dokumen teknikal dan proses penyerahan bangunan.

Unit Sewaan Aset Khas

  1. Menguruskan sewaan hartanah aset khas termasuk penyediaan maklumat, iklan, permohonan, analisa, penyediaan kertas kerja pemilihan, dokumen sewaan, pengoperasian dan penyerahan kepada pengurusan harta.

Unit Serambi Teruntum

  1. Memastikan kutipan hasil sewaan gerai pelbagai, gerai makan dan tapak dataran Kompleks Bazar Serambi Teruntum.
  2. Memastikan kemudahan sokongan dan aktiviti baru disediakan di Kompleks Bazar Serambi Teruntum.
  3. Memastikan pelaksanaan program promosi Kompleks Bazar Serambi Teruntum.
  4. Memastikan pengurusan bangunan Kompleks Bazar Serambi Teruntum meliputi kecerian, pembersihan, penyelenggaraan dan kawalan keselamatan.