MENU

Bahagian Teknologi Maklumat

Latar Belakang

Bahagian Sistem Maklumat ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perbendaharaan. Pada tahun 1986, ia menjadi salah satu unit di bawah Jabatan Urusetia yang kini dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia. Namun, kini Bahagian Sistem Maklumat diletakkan di bawah Jabatan Pengurusan dan Penguatkuasaan yang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat.

 

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua aduan kerosakan komputer akan disemak dalam tempoh 2 jam.                                                          
  • Semua pengubahsuaian modul-modul dalam sistem aplikasi komputer yang tidak melibatkan pengubahsuaian struktur pangkalan data akan dibuat dalam tempoh 6 jam. 
  • Semua pengubahsuaian modul-modul dalam sistem aplikasi komputer yang melibatkan pengubahsuaian struktur pangkalan data akan dibuat dalam tempoh 2 hari bekerja.

 

Matlamat

Mewujudkan satu Sistem Pengurusan Maklumat yang efisien dan berkualiti yang dapat membantu pihak pengurusan dalam melicinkan pentadbiran MPK.

 

Objektif

  • Memastikan semua sistem-sistem aplikasi dapat beroperasi dengan lancar dan memenuhi kehendak pengguna.
  • Memastikan semua perkakasan berada di dalam keadaan boleh digunapakai oleh semua kakitangan tanpa sebarang gangguan.
  • Memastikan tahap kemahiran dan pengetahuan kakitangan ICT sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
  • Memastikan semua kakitangan MPK terutamanya diperingkat pentadbiran dan pengurusan mahir dan fasih dalam penggunaan IT.

 Fungsi Dan Tanggungjawab

  • Merancang, menyedia dan mengurus perkakasan dan perisian ICT MPK dari segi perolehan, pelupusan, penyelenggaraan, inventori dan pinjaman.
  • Menjalankan kajian, perancangan, pembangunan, pelaksanaan, bantuan teknikal dan pemantauan ke atas semua keperluan sistem-sistem aplikasi jabatan / bahagian MPK.
  • Merancang, melaksana, mentadbir dan memantau operasi server dan rangkaian MPK agar berada dalam keadaan selamat.
  • Membantu dan menyelaras pengeluaran bil-bil, notis serta laporan-laporan berkaitan untuk kegunaan jabatan / bahagian MPK.
  • Memastikan semua peraturan-peraturan keselamatan ICT dipatuhi untuk menjamin keselamatan perisian dan perkakasan.
  • Menyedia dan menyelenggara ID pengguna dan akaun e-mel.
  • Urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT MPK, dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT MPK.
  • Mengurus hal-hal pentadbiran am Bahagian ICT.