MENU

LATAR BELAKANG JABATAN PENILAIAN

Jabatan Penilaian mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian Penilaian dan Bahagian Pengurusan Harta yang bertindak sebagai pemangkin utama kepada aktiviti-aktiviti di jabatan tersebut. Bahagian Penilaian menjalankan kerja-kerja pindaan senarai nilaian dengan purata kutipan sebanyak 6,000 pegangan setahun dengan anggaran hasil yang diperolehi sebanyak RM2.5 juta setahun. Manakala Bahagian Pengurusan Harta mengurus pengutipan sewa bagi bangunan Majlis sebanyak 31 unit yang menjana hasil RM2.1 juta setahun.

OBJEKTIF JABATAN

BAHAGIAN PENILAIAN

  • Mempastikan pindaan kepada senarai nilaian dibuat kepada bangunan- bangunan yang telah dikeluarkan CCC, pelan tambahan dan pecahan lot baharu.
  • Menyelenggara senarai nilaian Majlis berada dalam keadaan kemas kini dan terkini.
  • Mengurus tuntutan sumbangan membantu kadar harta-harta Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-Badan Berkanun.
  • Mengurus permohonan daripada pemilik harta berkenaan dengan pindah milik dan pulangan balik cukai.
  • Mengurus mesyuarat mendengar bantahan cukai taksiran daripada pemilik harta yang membuat bantahan bertulis.

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA

  • Memastikan bangunan Majlis mendapat pulangan sewa yang maksimum.
  • Memastikan semua premis milik Majlis berada dalam keadaan bersih dan baik boleh digunapakai setiap masa.
  • Memastikan bangunan milik Majlis diurus secara sistematik.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENILAIAN

  • Semua pemilik harta diberikan notis pindaan senarai nilaian dalam tempoh 30 hari bagi membuat bantahan sebelum pindaan senarai nilaian dikuatkuasakan.
  • Permohonan pindah milik harta/pegangan diproses dalam tempoh 1 hari bekerja.
  • Permohonan Pulangan Balik Cukai akan diproses dan dimaklumkan penerimaan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Memberi perkhidmatan pembersihan ke atas bangunan pejabat Majlis setiap hari bekerja.
  • Menyalurkan aduan kerosakan harta Majlis kepada Bahagian Penyelenggaraan dalam tempoh 2 hari bekerja selepas menerima aduan untuk tindakan pembaikan.