MENU

LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Perancangan Pembangunan terdiri daripada Bahagian Kawalan Pembangunan, Bahagian Bangunan dan Bahagian Pembangunan Lestari.  Fungsi dan matlamat penubuhan jabatan ini adalah untuk melaksanakan kawalan pembangunan yang efisien, membuat kajian perancangan projek khas, pelan rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas, mengawal bangunan dan pemantauan kawasan-kawasan pembinaan.

OBJEKTIF JABATAN

  1. Merancangan pembangunan bandar Kuantan berdasarkan keperluan Akta 171, Akta 172, Akta 133, Undang-Undang Kecil Bangunan (Pahang) 1996, Rancangan Pemajuan, Piawaian, Garis Panduan dan Dasar-Dasar Majlis.
  2. Mewujudkan sistem maklumat perancangan dan pembangunan yang lengkap bagi keperluan  pelanggan.
  3. Merancang pembangunan Daerah Kuantan dalam mewujudkan Kuantan sebagai bandar berdaya saing dan berdaya huni.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memproses permohonan kebenaran merancang dalam tempoh 49 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima.
  2. Memproses kelulusan pra hitungan dalam tempoh 30 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima.
  3. Menyediakan ulasan tukar syarat dasar dan kelulusan bagi pelan pecah sempadan, pecah bahagian dan cantuman tanah dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima.
  4. Memproses dan memberi maklum balas permohonan kepada bahagian pusat setempat (osc) bagi pelan bangunan baru dalam tempoh 21 hari kalendar.
  5. Memproses dan mengeluarkan maklum balas permohonan kelulusan pelan pindaan dan tambahan bangunan dalam tempoh 21 hari bekerja.
  6. Memproses dan mengeluarkan maklum balas permohonan kelulusan pelan pembinaan tanpa kelulusan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  7. Memproses permohonan kelulusan pelan pindaan mudah perniagaan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  8. Memproses permohonan kelulusan pelan pindaan serta merta bagi kediaman dalam tempoh 1 jam dari penerimaan permohonan yang lengkap.
  9. Memproses permohonan kelulusan pelan lakar untuk perniagaan dalam tempoh 1 jam dari penerimaan permohonan yang lengkap.
  10. Memproses dan mengeluarkan maklum balas permohonan kelulusan pelan bangunan sementara dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  11. Menjalankan pemeriksaan akhir di tapak dan mengeluarkan ulasan pemeriksaan dalam tempoh 21 hari penerimaan permohonan lawatan dari bahagian pusat setempat.
  12. Memproses sekurang-kurangnya 80% permohonan tapak papan iklan luar premis dalam tempoh 21 hari bekerja.
  13. Menyediakan sekurangnya 80% ulasan permohonan tanah individu/agensi dari pejabat daerah dan tanah kuantan dalam tempoh 5 hari bekerja.
  14. Memastikan maklumat rancangan pemajuan dan pelan asas digital yang diperlukan oleh pelanggan disediakan dalam tempoh 30 minit.
  15. Menyediakan ulasan permohonan tempat meletak kenderaan dalam tempoh 24 jam.