MENU

Seksyen Pusat Setempat (OSC)

Latar Belakang

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007 telah bersetuju supaya penubuhan Pusat Setempat (OSC) di Pihak BerkuasaTempatan (PBT) adalah merupakan salah satu daripada inisiatif yang telah diputuskan di dalam persidangan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Najib bin Abdul Razak pada 13 April 2007. Sehubungan itu, Pusat Setempat (OSC) di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah ditubuhkan pada Jun 2007 sehingga kini dan ditempatkan di bawah Pejabat Yang Dipertua.

Seksyen Pusat Setempat (OSC) ini diketuai oleh seorang ketua seksyen yang merupakan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J44) dan dibantu oleh Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J41).

Bagi menggerakkan serta menyokong tugas seksyen ini, seramai 6 orang pegawai teknikal dilantik iaitu terdiri daripada dua Pegawai Perancangan, dua Pegawai Senibina dan dua Pegawai Kejuruteraan.

Bagi semua urusan pentadbiran pejabat, sekyen ini dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir(PT) dan seorang Pembantu Am Pejabat (PAP).

 

Peranan

Seksyen Pusat Setempat (OSC) ditubuhkan sebagai salah satu mekanisma kearah peningkatan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan di majlis dan berperanan sebagai pemudahcara, penyelaras dan pemantau bagi semua cadangan pembangunan tanah bagi 36 jenis permohonan yang terdiri daripada pelan perihal tanah, pelan kebenaran merancang, pelan kerja tanah, jalan dan parit, pelan bangunan, pelan landskap, pelan subsidiari, permohonan pendeposit CCC dan lain-lain permohonan.

 

Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan, semua permohonan akan diterima melalui Seksyen Pusat Setempat (OSC).

 

 Antara peranan lain Seksyen Pusat Setempat (OSC) ialah :

 

  1. Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat Setempat (OSC),
  2. Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon,
  3. Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah dan,
  4. Menyediakan pelaporan berkala kepada Pihak KPKT.

 

Bagi melancarkan perjalanan Seksyen Pusat Setempat ini, satu jawatankuasa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan.

 

Objektif

  1. Menyelaras dan memudahkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan landskap, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit dan pelan-pelan lain berkaitan cadanganpemajuan.

 

  1. Memantau norma masa bagi memastikan permohonan cadangan pemajuan diberi keputusan dalam tempoh 3 bulan.

 

  1. Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Dan Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).

 

Piagam Pelanggan

  1. Memproses dan meluluskan permohonan bagi permohonan secara serentak di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), projek impak tinggi, projek pelaburan asing serta projek-projek kerajaan dalam tempoh 92 hari (3bulan 2 hari) dari tarikh permohonan didaftarkan.

 

  1. Memproses dan meluluskan permohonan pembangunan bagi permohonan secara serentak di bawah konsep Jual Kemudian Beli (JKB) dalam tempoh 142 hari (4 bulan 12 hari) dari tarikh permohonan didaftarkan.