MENU

Kualiti

Kualiti dalam ISO 9000 boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan. Pelangganlah yang bertanggungjawab menilai samada perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi cirri-ciri yang mereka tetapkan. Oleh itu kualiti bermakna memenuhi kehendak pelanggan.

Dasar Kualiti MPK

  1. Semua kakitangan perlu menyedia dan memberikan perkhidmatan terbaik, cekap, cepat, berkesan dan mesra pelanggan untuk kepuasan pelanggan dan pihak yang berkepentingan.
  2. Perkhidmatan yang diberikan hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
  3. Memastikan semua kakitangan adalah berpendidikan, terlatih, mahir dan berpengalaman dalam bidang masing-masing agar perkhidmatan bertambah baik secara berterusan.
  4. Menjadikan Sistem Pengurusan Kualiti sebagai budaya kerja kita dengan sepenuh tanggungjawab, bijaksana menguruskan sumber dan memaksimakan impak perkhidmatan berkualiti.
  5. Semua Pengarah dan Ketua Bahagian perlu menyemak dan memantau prestasi sebenar yang telah dinyatakan dalam objektif kualiti.
  6. Mengadakan analisis data untuk memastikan penambahbaikan berkesan dan apa-apa tindakan pencegahan dapat dilaksanakan dengan cara yang sistematik.

Ciri-ciri Perkhidmatan Berkualiti

Dalam Perkhidmatan Awam, antara ciri-ciri perkhidmatan berkualiti merangkumi perkhidmatan yang menepati masa, ketetapan fakta, layanan mesra, keselesaan, kecekapan, keboleh percayaan, informatif dan mudah diperolehi. Namun dalam siri yang terbaru ini penekanan lebih diberikan kepada dua perkara pokok yang digariskan iaitu menguruskan proses yang terlibat dalam pengeluaran produk atau perkhidmatan melalui apa yang dipanggil Pendekatan Proses.