MENU

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Majlis Perbandaran Kuantan telah menganjurkan Program Berbuka Puasa Bersama Yang Dipertua dan Pegawai-Pegawai MPK serta Remaja Kuantan pada 14 Mei 2019 bersamaan 9 Ramadan 1440H di Ruang Legar Kompleks Bangunan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan yang mana turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Kuantan dan pegawai-pegawai MPK di Aras 3 dan 4.

Tujuan utama program ini adalah untuk menyampaikan sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim dan pelajar IPT di samping mengeratkan silaturrahim di kalangan pegawai dan kakitangan MPK yang sedang melaksanakan Rukun Islam ketiga untuk hari yang ke 9 di bulan Ramadan 1440 Hijrah.

Antara jemputan yang memeriahkan lagi acara ini ialah:-

Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Baitul Husna, Kg. Pelindung - 20 orang
Rumah Anak Yatim dan Miskin Dynasti serta Akademi Tahfiz Darul Nisa' At-Thohirah, Bukit Setongkol Maju - 20 orang
Pusat Jagaan Cahaya, Kg. Pelindung - 20 orang
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P) Indera Mahkota - 20 orang
WIDAD University - 20 orang

Acara dimulakan dengan Majlis Berbuka Puasa dan diikuti dengan solat Maghrib secara berjemaah. Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan Hari Raya kepada kira-kira 60 orang anak-anak yatim dan asnaf, 20 orang pelajar pendidikan khas dan 20 orang pelajar IPT yang telah dijemput khas bagi sesi kali ini. Selain itu, majlis juga diselitkan tazkirah ringkas. Semua jemputan yang diraikan telah bersama-sama menunaikan solat Isyak, Tarawih dan Moreh.

Sila klik di sini untuk lihat gambar.