MENU

Hari Zoo Mini Teruntum yang telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2019 dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, DIMP., AMP., AMN., PKT. pada 29 Mac 2019 (Jumaat) jam 3.00 petang. Turut hadir sama Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Pahang, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ketua Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli-ahli Majlis MPK, Pengarah-Pengarah Jabatan dan pegawai-pegawai MPK.

Seramai 20,000 pengunjung telah memeriahkan hari zoo ini dengan penampilan khas 'Si Lepar' dan 'Si Dara' yang dibawa khas dari Kuala Gandah.

Selain itu, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan fotografi, pertandingan kucing, pertandingan betta fish, pertandingan mewarna dan pertandingan treasure hunt. Terdapat juga pameran taksedemi, pameran ikan sekilau, pameran ular, booth jualan produk landskap, pet shop, foodtruck dan aktiviti permainan seperti inflatable, kereta kawalan, roller ball, giant bubble dan costum super hero.

Sila klik di sini untuk lihat gambar.