MENU

MAJLIS PRA PELANCARAN PENGATURAN KENDIRI (SELF REGULATED) PROSEDUR PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

YAB Menteri Besar Pahang telah merasmikan Majlis Pra Pelancaran Pengaturan Kendiri 'Self Regulated' Prosedur Permohonan Cadangan Pemajuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang Darul Makmur di Dewan Utama, Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan pada 10 April yang lalu. Tujuan pelaksanaan adalah untuk melibatkan semua pihak samada dari Perunding, Pemaju, Pemilik Tanah, kerajaan dan semua yang berkepentingan.

Konsep pengaturan kendiri yang dicetuskan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak adalah merupakan proses kelulusan pembangunan di seluruh PBT di negeri ini. Ia merupakan usaha penambahbaikan bagi meningkatkan tahap kecekapan jabatan teknikal dan pihak swasta dalam mengemukakan permohonan kelulusan pembangunan dengan tempoh kelulusan dapat dikurangkan daripada 92 hari kepada 28 hari sahaja.

Apabila bermulanya cadangan pemajuan, penglibatan Pemaju dan Pemilik di dalam melantik Kumpulan Perunding yang kompiten amat penting bagi menentukan proses pemajuan berjalan lancar.

Sila klik di sini untuk lihat gambar.