MENU

Pada 7 Januari 2019 (Isnin) telah diadakan Program Wanita, Suri dan Penyeri anjuran PUSPANITA Negeri Pahang, PUSPANITA Helwa dan PUSPANITA JAIP bertempat di Dewan Jubli Perak. Sesi motivasi diri berkenaan layanan suami terhadap isteri telah disampaikan oleh penceramah tersohor YH. Dato' Ustaz Hj. Badli Shah Hj. Alauddin dan taklimat sihat dan cantik berkenaan bahaya produk kosmetik beracun atau timbang kilo dan antibiotik oleh ahli farmasi viral Cik Siti Hawa binti Mohd Nor daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Seramai 600 orang peserta terdiri daripada pelbagai jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO telah menyertai program ini antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Akauntan Negara, Biro Pengaduan Awam (BPA), Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang dan banyak lagi.

Sila klik di sini untuk lihat gambar sekitar program berlansung.