MENU

Hari tanpa beg plastik akan dikuatkuasakan pada 1 Julai 2019. Sehubungan dengan itu, bermula 1 Mac 2019 semua Pemilik/ Pengusaha/ Pasaraya/ Chain Store di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan di minta untuk melaksanakan perkara berikut sebagai langkah persediaan kempen ini iaitu :-

a. Penggunaan bungkusan/ karung yang tidak berasakan plastik (seperti beg kertas).

b. Tidak menggunakan beg plastik pada hari Sabtu.

c. Tidak mengenakan sebarang caj kepada pengguna.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada mana-mana pasaraya yang masih menggunakan beg plastik mulai 1 Julai 2019. Terima Kasih.