MENU
    • Beberapa buah kaunter pembayaran dibuka untuk kemudahan orang ramai menjelaskan bayaran cukai taksiran am dan lain-lain bayaran bil Majlis seperti berikut:-

      Lokasi Kaunter Bayaran Cara bayaran
      Ibu pejabat MPK, Jln.Tanah Putih Tunai, Cek, Master Card ,Visa, AmEx, M.O, P.O
      Terminal Makmur, MPK Jln Stadium Tunai, Cek, M.O, P.O sahaja
      Pasar Besar Kuantan (1hb-15hb) Tunai, Cek, M.O, P.O sahaja
      Pasar Borong MPK, Jln.Kemunting Tunai, Cek, M.O, P.O sahaja
      Pejabat Pengurusan Gambang Tunai, Cek, M.O, P.O sahaja
      MPK Cawangan Gebeng Tunai, Cek, M.O, P.O dan Mastercard sahaja
      Telekom Malaysia (Kuantan) Tunai sahaja
      Tenaga Nasional Berhad (Kuantan) Tunai sahaja
      B.S.N (Seluruh Malaysia) Akaun Giro & Tunai sahaja

      Peringatan Penting Untuk Anda

      • Semak dulu dengan MPK bagi memastikan tunggakan cukai taksiran am pegangan tersebut telah dibayar.
      • Semak dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga bagi harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.
      • Jika anda ingin membeli sebuah rumah/kedai/tanah kosong:-
      • Jika anda telah menukar milik/menjual/membeli/mewariskan rumah/bangunan/tanah kosong :-

        Beritahu kepada MPK dengan mengisikan Borang I (Notis Jualan atau Pindah milik (Seksyen 160) Akta Kerajaan Tempatan 1976) dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan. Jika gagal pihak MPK boleh mengambil tindakan Undang-undang. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam kepada pemilik harta.

      • Jika rumah/bangunan milik anda diroboh, terbakar atau dibiarkan buruk :-

        Sila tulis surat rasmi kepada MPK memberitahu tentang rumah anda telah roboh, buruk atau terbakar untuk mempastikan bangunan ini dikeluarkan daripada Senarai Nilaian.

      • Tindakan Operasi

        Unit Operasi akan menjalankan tindakan operasi memungut tunggakan sepanjang tahun. Pemilik/Penghuni/Penyewa yang menerima notis (Borang E), surat peringatan/papan peringatan hendaklah menjelaskan bayaran dengan segera sebelum Unit Operasi sampai ke rumah/premis anda.

      • Sebarang Pertanyaan Bolehlah Dirujuk Kepada:-
        Bahagian Cukai Taksiran
        Majlis Perbandaran Kuantan
        Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan.
        Tel: 09-5121545/5121549/5121408/5121546
        E-mel: ishak@mpk.gov.my