MENU

Peranan Dan Tanggungjawab

Fungsi Bahagian Sukan dapat difahami dengan jelas berdasarkan peranan-peranan yang dimainkan oleh setiap unit di Jabatan ini iaitu:-

a) Unit Pentadbiran

  • Menguruskan semua jenis tempahan kemudahan-kemudahan sukan.
  • Bertanggungjawab menganjurkan acara-acara sukan yang telah dirancang.
  • Membuat kutipan hasil diatas penggunaan kemudahan sukan.
  • Membuat kawalan perbelanjaan daripada peruntukan yang telah diluluskan.
  • Menyediakan perancangan kerja kakitangan serta mengawasi segala masalah kerja yang timbul.
  • Menjalankan kerja-kerja promosi bagi memastikan kemudahan-kemudahan yang disediakan digunakan sepenuhnya oleh orang ramai.
  • Menjalinkan kerjasama dengan pihak luar dalam menjalankan aktiviti sukan serta memberi khidmat nasihat kepada pihak-pihak yang memerlukan.

b) Unit Padang Dan Gelanggang

  • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan termasuk kerja-kerja kebersihan keatas kemudahan padang dan gelanggang.
  • Membuat kutipan hasil padang dan gelanggang mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak MPK.
  • Memastikan kemudahan padang dan gelanggang sentiasa berada di dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan.

c) Unit Kolam Renang

  • Menjalankan kerja-kerja kebersihan dan penyelenggaraan kolam mengikut peraturan dan arahan kerja yang telah ditetapkan.
  • Memastikan peralatan dan mutu air kolam berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
  • Membuat kutipan hasil kolam serta dihantar ke Jabatan Perbendaharaan MPK.
  • Mengadakan kelas belajar berenang kepada orang ramai yang berminat.

d) Unit Dewan / Wisma Belia / SUKPA

  • Menjalankan kerja-kerja kebersihan di setiap kemudahan tersebut.
  • Membuat kerja-kerja persiapan tempat mengikut tempahan yang telah dibuat oleh orang ramai.
  • Membuat perbincangan dengan orang ramai berhubung tempahan yang dibuat bagi memastikan mereka mendapat perkhidmatan yang terbaik.
  • Memastikan semua peralatan dewan disimpan dengan baik dan mencukupi apabila hendak digunakan.