MENU

Bahagian Kerja Awam dan Infrastruktur

Q : Apakah Syarat Syarat Kelulusan Kerja Kerja Korek Gali Dalam Kawasan Majlis Perbandaran Kuantan?
A : Papan Tanda Keselamatan - 1. Piawaian dan kedudukan papan tanda keselamatan hendaklah mencukupi dan hendaklah mengikut piawaian Majlis seperti dilampirkan bersama ini. (MPK/J:L/PT/1-9) 2. Nama jabatan yang mengarahkan kerja dilaksanakan hendaklah ditunjukkan dengan jelas papan tanda keselamatan. 3. Semua papan tanda keselamatan hendaklah sentiasa bersih dan dijaga setiap masa. 4. Sekiranya kerja-kerja dijalankan di atas jalan yang sibuk, pekerja-pekerja yang terlibat dimestikan memakai jaket keselamatan yang bewarna hijau atau kuning keemasan yang memancar.

Q : Penggalian?
A : 1.Sebarang penggalian tidak boleh dilaksanakan tanpa kelulusan pihak MPK. Setiap penggalian yang merintangi jalan hendaklah dilaksanakan dengan cara tunnelling atau penggalian terbuka dengan cara berperingkat. Pada setiap masa kenderaan mestilah boleh melalui jalan yang berkenaan. 2. Setiap pemotongan pavement hendaklah menggunakan pneumatic tools untuk menentukan potongan adalah lurus dan bersih. 3. Penggalian menggunakan mechanical excavators seperti back-hoe untuk pavement jalan tidak dibenarkan. 4. Semua lebihan daripada penggalian sekiranya dibenarkan untuk menambun balik mestilah dirangkaikan di luar kawasan jalan raya dengan kemas. Ianya tidak dibenarkan sama sekali diletakkan di atas jalan raya. Lebihan penggalian yang tidak sesuai untuk ditambun balik mestilah diangkut keluar dan dibuang terus ke tempat yang diluluskan selepas kerja penggalian dilakukan. 5. Laluan kenderaan tidak dibenarkan diganggu sehingga kurang daripada 3 meter lebar dan sebarang kelulusan yang dibenarkan hendaklah tidak mengganggu semasa peak hours. 6. Hendaklah dipastikan jarak minimum antara tempat korekan dengan pokok-pokok Majlis tidak kurang daripada 1.5 meter. 7. Kecuali diluluskan sebaliknya, kerja-kerja korekan atas jalan hendaklah dilaksanakan pada hari minggu atau hari kelepasan am atau pada malam hari mulai jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Tidak dibenarkan sama sekali melaksanakan kerja daripada jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi, 12.00 tengahari hingga 2.00 petang dan 4.00 petang hingga 5.00 petang. 8. Semua penambunan semula menggunkaan bahan yang diluluskan dan dimampatkan dengan sempurna hendaklah dilaksanakan oleh pemborong agensi utiliti.

Q : Tambun Semula
A : 1. Semua penambunan semula di atas kawasan jalan raya hendaklah daripada bahan butiran yang diluluskan. Contohnya pasir hingga kepada 2 meter dalam dan dimampatkan secara mekanikal dengan menggunakan jumping compactor. Bahan binaan seperti pasir dan 'crusher run' hendaklah dimampat setiap lapisan setebal 100 mm 4inci. 2. Semua kerja-kerja penambunan semula hendaklah menggunakan konkrit setebal 8 inci -200mm dari aras atas paip atau kabel services yang dicadangkan bagi semua jenis korekan melibatkan road crossing sahaja. 3. Semua bahan tambunan yang tidak menepati seperti yang dikehendaki di para 3 di atas, hendaklah diangkat keluar dan digantikan dengan bahan yang diluluskan oleh MPK dan tambahan kos hendaklah ditanggung sendiri oleh pemborong. 4. Dimana yang perlu, lubang korekan hendaklah dibekalkan dengan dinding penahan yang mencukupi untuk mengelakkan jalan raya yang bersebelahan daripada retak dan runtuh. Untuk penggalian yang melebihi 1.5 meter dalam, dinding penahan yang rapat hendaklah ditentukan. 5. Semua kerja-kerja pembaikan jalan kepada keadaan asal hendaklah dilaksanakan oleh pemborong. 6.Sekiranya perlu, pemborong dikehendaki menyediakan lebihan jalan mengikut spesifikasi MPK dan menjaganya dalam keadaan yang baik untuk laluan kenderaan sehingga pembaikan jalan raya selesai. 7. Dalam minimum untuk penggalian:- Semua pembaikan semula hendaklah mengikut keputusan spesifikasi MPK. Hujung jalan yang diperbaiki hendalah lulus dan sempurna. Kecuali diluluskan, semua paip, kabel dan sebagainya di bawah jalan raya hendaklah ditambun pada dalam minimum 1.25 meter diukur daripada aras permukaan jalan hingga ke atas paip yang berkenaan. Begitu juga di bawah laluan pejalan kaki dan bahu jalan, dalam minimum ialah 1.25 meter daripada aras hujung jalan raya. Semua korekan memanjang -selari dengan jalan raya hendaklah paling kurang 1 meter daripada hujung jalan raya.

Q : Pembaikan Jalan
A : 1. Over lapping minimum ke atas jalan raya mestilah 100% kelebaran penggalian. 2. Pembaikan kerja-kerja korekan hendaklah diperiksa setiap hari untuk 3 hari pertama dan seterusnya seminggu untuk tempoh 2 bulan. Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan bersama oleh MPK dan pemborong serta jabatan-jabatan yang terlibat dengan kerja berkenaan. 3.Jabatan yang terlibat bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan bahagian jalan yang diperbaiki semula oleh kerana kerja-kerja korek gali dan semua kerja-kerja pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku adalah tanggungjawab mereka sehingga MPK atau JKR memperakui pembaikan jalan yang berkenaan. 4. Period of Liability untuk kerja-kerja pembaikan jalan selepas kontrak disiapkan. Lawatan bersama antara jabatan-jabatan yang terlibat serta MPK dan JKR hendaklah dilakukan dari masa ke semasa. 5. Sekiranya pemborong atau jabatan yang terlibat dengan kerja-kerja berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh MPK, maka MPK or JKR akan melaksanakan kerja-kerja berkenaan dan kos pelaksanaan kerja akan diambil melalui deposit yang dikenakan sebelum kerja dilakukan dan sekiranya terdapat kekurangan kos, maka jabatan-jabatan yang terlibat akan diminta membayar lebihan yang diperlukan. 6. Semua kerosakan ke atas kerb, bahu jalan, lantai di tepi dan di atas longkang, tanda jalan, pokok dan sebagainya yang disebabkab oleh kenderaan ataupun kerja-kerja korekan mestilah diperbaiki semula mengikut kehendak MPK dan kos ditanggung oleh pemborong. 7. Tidak dibenarkan sebarang bahan binaan seperti tanah, pasir, kabel, paip dan sebagainya diletak di atas jalan atau bahu jalan atau petak letak kereta kecuali mendapat kelulusan MPK. 8. Bahan-bahan yang diperlukan untuk kerja harian sahaja dibenarkan dibawa ke tapak kerja. 9. Bagi kerja-kerja korekan yang merintangi jalan setelah tambunan semula dilakukan dengan menggunakan pasir seperti yang diarahkan dan dimampatkan dengan sempurna, ia hendaklah ditutup dengan kepingan besi steel paltes yang diluluskan sehingga tambunan semula tersebut betul-betul padat dan penampalan semula dibenarkan. Kepingan besi yang berkenaan hendaklah di dibuang sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan jalan siap dan tidak dibenar ditinggalkan di atas jalan. 10. Selepas kerja-kerja pembaikan sempurna dilaksanakan, semua lebihan bahan binaan hendaklah dibersihkan dengan serta merta. 11. Jangka masa untuk kerja-kerja pembaikan adalah seperti berikut- -Pembaikan jalan sepanjang jalan utama hendaklah dalam masa 3 hari selepas tambunan semula sekiranya pemendapan berlaku -Pembaikan jalan sepanjang jalan lainnya hendaklah 7 hari selepas tambunan semula -Pembaikan merintangi jalan hendaklah dibaiki dalam masa 24 jam selepas tambunan semula. -Pembaikan lubang percubaan hendaklah 24 jam selepas tambahan semula. - Kerja-kerja 'road milling' mestilah dilaksanakan selepas 2 bulan kerja-kerja tersebut siap sepenuhnya - Kerja-kerja penurapan semula (resurface) untuk lorong belakang mestilah dilaksanakan selepas dua (2) bulan kerja-kerja tersebut siap sepenuhnya

Q : Tanggungjawab Keselamatan
A : 1.Agensi atau syarikat utiliti yang terlibat atau mengarahkan kerja dilaksanakan adalah bertanggungjawab bagi mengenalpasti laluan yang dikorek dan sekiranya berlaku sebarang kerosakan terhadap perkhidmatan sedia ada - contoh - kabel elektrik atau telekomunikasi, paip air atau pembentung, sesalur atau ducting, harta awam, longkang dan jalan kerosakan yang berlaku hendaklah dibaiki dengan kadar segera. 2. Agensi atau Syarikat utiliti yang terlibat perlu mendapat kebenaran bertulis dengan tuan tanah atau premis perniagaan untuk melaksanakan kerja-kerja korekan di kawasan yang dikenalpasti. 3. Sebarang tuntutan yang timbul akibat kecederaan, kerosakan harta benda awam dan kematian di kawasan kerja korekan maka pihak pemborong agensi/syarikat utiliti hendaklah menanggung segala kos tuntutan tersebut.