Jika masih gagal, waran tahanan (Warrant of Attachment) akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan Pegawai MPK yang diberi kuasa
- merampas (mensita) harta alih yang ada didalam bangunan. - menutup bangunan daripada menjalankan operasinya (seksyen 148). - melelong bangunan/tanah melalui pendaftar Mahkamah Tinggi (seksyen 151). Bayaran waran tahanan sebanyak 10% juga dikenakan.
Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MPK bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut :-
- kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut. - kelulusan pelan susunatur - kelulusan pelan bangunan - kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan Menuntut tunggakanmelalui peguam MPK juga mengambil tindakan melalui peguam untuk memungut cukai taksiran am. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam kepada pemilik harta.
Pengedaran Bil/Notis Cukai Taksiran Am
Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada
Januari - 1/2 tahun pertama
Julai - 1/2 tahun kedua
Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada
Mac - 1/2 tahun pertama
September - 1/2 tahun kedua
Jika anda tidak menerima bil/notis sila datang sendiri ke Kaunter Cukai Taksiran, Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Perbendaharaan.
Ibu Pejabat MPK, Jalan Tanah Putih, Kuantan dengan membawa
Kemaskini Terakhir: Rabu, 20 Januari 2021 - 2:36pm
KOMPLEKS IBU PEJABAT, MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur
TALIAN AM
(609) 5121555 / 5121666 / 5121618 / 5121619
FAKS
(609)5130644
E-MEL
aduanmpk.gov.my
Jumlah Pelawat Keseluruhan:
Penafian: Majlis Perbandaran Kuantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.